Friday, August 8, 2014

Kunjungi Blog EKSA kami di...






 Klik di sini: >>> Blog EKSA Zon Cenderawasih





Selamat Datang Juru Audit EKSA JKSPk

8 Ogos 2014 (Jumaat)

Pada hari ini Mahkamah Rendah Syariah Taiping telah dilawati oleh tiga orang auditor JKSPk bagi tujuan Audit Dalaman EKSA JKSPk kali ke 2 untuk tahun ini. Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Hairuddin Nizam Hakim MRS Teluk Intan itu telah melakukan auditan EKSA mengikut perancangan yang telah dilakukan pihak jabatan.

Dapatan daripada audit dilakukan, MRS Taiping atau dikenali dengan nama "Zon Cenderawasih" telah mengekalkan rekod lulus dan purata markah keseluruhan iaitu 94.52 (markah cemerlang) adalah meningkat daripada markah diperolehi sebelum ini.

Pihak MRS Taiping mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua auditor yang terlibat. Kendati pun terdapat 9 penemuan audit yang akan dijawab dan dinilai semula berikutnya. Tahniah kepada semua pegawai, kakitangan dan pelajar praktikal di MRS Taiping yang bertungkus lumus bekerjasama menjayakan EKSA kali ini. Wallahu'alam.